hidup ini....

HiDuP iNi SaTu PeNcARiAn ^^,
Pencarian itu sangat bermakna kepada kita... Hasil pencarian itu amat berharga kepada kita... Malah ia akan memberi cahaya dalam kehidupan kita seharian.... Ayuh mencari... umat Islam takkan puas mencari... Pencarian Itu Sinar Buat kita yang Bergelar Umat Islam....

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Semoga Diri Ku KUAT ^^,

Allahummasolli 'Ala Sayyidina Muhammmad...



Setiap kali exam mesti aku akan rase lemah semangat untuk menelaah pelajaran..
oleh itu aku mengambil inisiatif mencari kekuatan,

kerna kekuatan itu perlu dicari bukan ditunggu..

Sempena Peperiksaan Akhir Semester bakal muncul sehari dua lagi, 

di sini aku nak ambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan atas salah silap... 




"Bittaufiq Wannajah Semua.. Semoga Allah Redha"

^^,

Sunday, October 14, 2012

YAKIN dengan ALLAH :D

berlapang dada dengan semua perkara..
ikhlaskan niat kerana ALLAH.. 
INSYA'ALLAH ALLAH akan menolong kita dan ALLAH akan izinkan kita menyiapkan semua perkara satu persatu... 
janji, 
ada usaha,
ada strategi,
ada keYAKINan pada ALLAH :D


 post sahabat ku Ainatul Mardhiah :


 "Sebenarnya Allah tlh menyediakan penyelesaian atas kesulitan yang kita 


hadapi,


namun Allah tidak segera menurunkan penyelesaiannya kerana ingin 


mengetahui seberapa besarnya cinta kita pada-NYA..


muhasabah dgn kekhilafan diri ini yg selalu merungut dgn kesulitan dan 


kesukaran yg dihadapi.." 


 bak kata sahabat ku Nabilah Izzah Mohd Hassan :


"sharing is loving"

Thursday, September 20, 2012

TETAPKAH KITA?



ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR
"argggghhhhhhh!!!! kenapalah banyak sangat ujian yang aku kena hadapi? lepas satu satu yang datang, minggu lepas baru je di uji dgn kehilangan telefon.. hari ini di uji pula dengan kesibukan ke kuliah, bebanan kerja lagi, slh satu anggota badan pula sakit dek injured, asgment terpaksa di siapkan...setelah penat seharian di kuliah malam ye ade training pula..baru je nak lelapkan mata ada2 je prgram mengejut yang wajib dihadiri.."

seorang hamba yang dhaif sentiasa mengeluh penat menerokah alam duniawi ini, seorang hamba yang dhaif sangat mudah lupa akan janji manisNYA setelah kita bersabar dengan sgala ujian....

hak diri kadang2 lambat di sempurnakan, malah lebih ditakutkan apabila hak rohani terus diabaikan... kesibukan kita sebagai mahasiswa sangat menguji keimanan, dek keletihan mungkin boleh membuatkan kita terlena sampai tak tersedar bila azan subuh berkumandang, sampai terpaksa ber'subuh gajah'....Alhamdulillah lagi jika ber'subuh gajah', jika terus tak bersubuh... Allah!!! sungguh malang insan yang xpandai nak bersyukur padaNYA...
-kita yang tahu, janganlah berpeluk tubuh, bantulah mereka...-
sangat sedih lagi jika malam hari nya kita terpaksa tidur lambat dek kerana perkara2 yang sedikit powm tidak memberi manfaat sampai datang impak subuh entah kemana..

PERINGATAN BERSAMA:
Janganlah biar diri kita terus bersubuh gajah dan lalai dengan nikmat2 yang diperolehi dgn mengabaikan cara untuk berterima kasih dengan nikmat yang telah kita perolehi.. bangkitkan kembali jiwa yang lemah, berikan sedikit pengubat hati, mudah-mudah ruh berjemaah mekar dikala ingin mendirikan tiang agamaNYA...mudah-mudahan dapat laksanakan segala amanah yang tertaklif hanya keranaNYA, maniskan hidup jika semuanya bersandangkan pada jalan yang SATU, hanya kerana ALLAH.. ermmm rasenya lebih manis lagi daripada gula-gula...
betul tak?
Justeru itu,sama-sama lah kita memohon agar Allah menthabatkan hati kita di Jalan yg Lurus dan di Jalan AgamaNYA...moga Allah sentiasa memelihara gerak kerja kita semata2 untukNYA...
jom kita berdoa :



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

 يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ


Tuesday, July 31, 2012

Lapar Itu Manis

sebelum mulakan entri aku buat kali ini, marilah sama-sama kita berselawat keatas junjungan Nabi MUHAMMAD S.A.W...

sollu 'alaih...



Alhamdulillah.....
ok, kenapa aku pilih tajuk entri hari ini 'Lapar itu Manis'?
sebenarnya aku nak kongsi sedikit apa yang telah aku baca dalam majalah Anis.. Tajuk ini aku petik daripada majalah tersebut....

Puasa itu memang maksudnya powm menahan diri daripada makan dan minum dan melakukan benda-benda yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. 

Dipetik daripada majalah Anis :-

"Orang-orang yang beriman laparnya mengharap keredhaan Allah. Tiada sekelumit terdetik pada nuraninya keluhan lapar kerana sudah yakin lapar itu membawanya lebih hampir kepada yang Maha pencipta."

" Lapar itu satu proses Tarbiah. Para salafussoleh sentiasa berlapar. Dengan berlapar, kita berjaya menundukkan nafsu syahwat, cekal, dan terus bersabar, mengingati orang-orang yang kelaparan dan dapat mendidik diri terus ikhlas beribadah kepada Allah."

"Lapar dapat mencerdaskan minda"

"Lapar dapat membantu perut berehat daripada melakukan proses"  

Tuesday, February 7, 2012

why we must think positif?

Assalamualaikum... 
subhanAllah walhamdulillah walailahaiLLALLAH wALLAHuakbar.. 
ceria2kan pg anda dengan "think positif", "ikhlaskan niat yg molek2".. I'Allah kalau kita berfikir benda yg baik2 je, kita akan memperolehi kebahagiaan..

firman Allah yang bermaksud "maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)" drpd surah al-zalzalah 7-8.



sebagaimana yang telah di uji kepada 2 bekas nasi, bekas A diletakkan beberapa sudu nasi, dan dikutuk dicaci dihina sepenuh hati akhirnya dalam beberapa waktu nasi itu menjadi basi... dan bekas B juga di letakkan beberapa sudu nasi yang mane kuantitinya sama banyak dengan bekas A, tetapi nasi yang didalam bekas ini dipuji, diucapkan dengan benda baik, tuan yang mengatakan itu ikhlas mengucapkannya...kesannya, nasi ini tetap boleh dimakan setelah beberapa waktu...


kesimpulannya: berfikirlah positif dalam kehidupan seharian kita, agar kita terus bahagia dengan persekitan dan orang sekeliling kita... kalau hati kita terasa cam muram cepat2lah pujuk hati kita agar kembali kepada fitrah yang membahagiakan.

Saturday, January 14, 2012

AKU RINDU

aku rindukan ketenangan...
aku rindukan ketabahan...
aku rindukan kesabaran...

aku rindukan kekuatan...
aku rindukan kedamaian..
aku rindukan keharmonian...

siapa yang bisa mengubati rindu-rinduku ini...
aku yakin, hanya hati yang ikhlas yang dapat mengubatinya
aku yakin, hanya diri yang positif yang dapat mengubatinya
aku yakin, hanya keyakinan kepada Allah yang dapat mengubatinya

duhai diri...
ikhlaskanlah dirimu...
berfikir positiflah kamu...
YAKIN lah akan hari esok...

YA ALLAH..
TETAPKANLAH HATI-HATI KAMI
KEPADA AGAMA MU...

YA ALLAH..
HIDUPKAN KAMI DALAM IMAN.. 

Tuesday, January 10, 2012

kekuatan diri keyakinan dengan Allah

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah dengan limpah yang 
dikurniakanNYA sehingga hari ini dan hari2 yang akan mendatang...


kini, banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan...
ku tahu..hari-hari harus diteruskan dengan tenang 
agar diri ini tidak mudah terasa tertekan dan tewas dengan sebarang benda...
formula yang kuat harus dipegangkan keyakinan ku dengan Allah...
sesibuk mane powm urusan ku pasti kan dapat m'installkan beberapa hadith ke dalam storan...
dan beberapa asgment ke hardcopy...


bile penat menguruskan urusan dunia, pasti diri kan lemah..
fikiran kan menjadi butu...
tenaga mula berkurangan...


tetapi, jika keyakinan kita kuat pada Allah, 
Allah pasti menolong hamba-hambaNYA yang memerlukan pertolongan... 
syaratnya, kita pasti kena kuatkan diri kita...


"Wahai orang-orang Yang beriman, 
kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu 
(untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
surah muhammad ayat ke 7.