hidup ini....

HiDuP iNi SaTu PeNcARiAn ^^,
Pencarian itu sangat bermakna kepada kita... Hasil pencarian itu amat berharga kepada kita... Malah ia akan memberi cahaya dalam kehidupan kita seharian.... Ayuh mencari... umat Islam takkan puas mencari... Pencarian Itu Sinar Buat kita yang Bergelar Umat Islam....

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

ANGGAP JE ITU SATU PERMAINAN

'' kak, abang long kerja pagi ke malam?" tanya aku kepada kakak ipar ku yang kini sedah lepas daripada berpantang anak yang kelima. 
"minggu nie abang kerja malam", jawabnya tanpa teragak-agak. 
" ooo... kalau macam tu, orang nak tidur kat rumah kakak la minggu nie", sambung ku. Sebenarnya, aku selalu bermalam di rumahnya sebab ditaklifkan (ceeehh xde la di taklifkan sangat, aku yang nak tolong abang long aku untuk menghantari dan mengambili anak buah ku di sekolah, kerana kakak iparku kan dalam pantang, tolong-menolong amalan mulia...heheee)
"ok", jawapnya pendek. 

Kakak ipar aku powm da faham dengan rentak aku, asal je turn abang long aku dapat ambik hantar Aiman Hakim (anak buah aku), aku akan bermalam di rumah kakak ku, sebabnya, jarak dari rumah kakak ku ke tempat kerja ku dekat. 

Hampir seminggu juga la aku bermalam di rumah kakak ku, tiba-tiba datang satu perasaan menyelubungi diri aku yakni rindu... aku rindu akan anak-anak buah ku di Saujana Putra ( rumah abang long). So, tanpa teragak-agak aku maklumkan kepada kakak ku bahawa aku hendak pulang ke Saujana lepas tamat waktu persekolahan nanti..

Berbekalkan paru goreng dan 2 bungkus air soya (antara menu untuk berbuka hari ini) yang aku belikan di sebuah kedai yang terkenal dengan nama 'kedai kak yah' @ 'megah seafood'. Dengan lafaz bismillahitawakkal tu 'alallah aku menunggang sebuah motor EX5 milik abang long ku. Alhamdulillah selamat sampai di rumahnya tepat jam 6.00 petang.

Esok paginya seperti biasa aku turun daripada rumah tepat jam 7.30 pagi untuk ke Tadika. 
"ti, hujan ke kat luar?"
"hujan ke kak?" sepatutnya soalan dijawab dengan jawapan tapi soalan aku jawan dengan soalan, heheeee....
" tak hujan powm kak, cuma mendung je", jawap ku kembali selepas melihat keadaan sekeliling. 
'ak kena gerak cepat nie, sebelum hujan turun',  terdetik kata hatiku....
 "kak, orang gi dulu ye''
"ok, hati-hati"

sampai-sampai je kat bulatan sebelum tol saujana putra, hujan powm turun renyai-renyai... 'Allah cam ne nie? nak teruskan ke x? ermmm teruskan je la, perjuangan perlu diteruskan walau apa pun ujian melanda',
ceeeee bunyi cam besar je ujian tu, padahal hujan je kot....heheee...lawak la azami nie...

ok... da separuh jalan, 'Alhamdulillah tak de la basah sangat, sikit je....'
aku terus menunggang motor sambil mulut ku terkumit-kumit membaca mathurat.

sampai-sampai je kat simpang nak masuk Bukit Lanchong (sikit je lagi nak sampai kat tadika) hujan turun dengan lebatnya, basah kuyup pakaian ku....  
'Alllllah, camne nie?'  cuba mencari jawapan...
'ermmm berhenti, tapi tak de powm wakaf atau pondok di sini' 
'ermmmm cam nie la, balik rumah kakak dulu, salin baju, baru pergi balik kat tadika'
'ok, jom azami, bawa je motor tu sampai ke rumah kakak, pahtu col kakak, minta tolong kakak hantar kunci'
kasihan kat kakak ku, kakak ku yang banyak berkorban kepada ku, masa aku col dye gtau , "kak, orang basah jeruk.. leh x kak balik hantar kunci jap", tiada powm leteran yang ku dengar dari bibirnya, terus dye jawab, "ok, tunggu jap, kak balik hantar kunci''

Allah, mulianya hati kakak ku... 'Ya Allah, engkau berilah rahmat dan kasih sayang mu buat kakak ku tersayang, berkatilah hidupnya Ya Allah'

dalam tengah hari dapat panggilan dari kakak ipar ku isteri abang long, 
selepas jawab salam bagai, 
"ti. tadi ti kene hujan ke"
"a'a kak.. masa turun tadi xhujan powm, masa kat tol tu, hujan renyai-renyai je, baju lembap2 je, boleh lagi la orang kata, pah sampai kat bukit lancong tu hujan turun dengan lebatnya" aku mulalah bercerita sambil tergelak-gelak....' ishhh..sempat lagi azami gelak.
''kak powm pernah kena macam tu, kasihan kat ti" katanya dengan penuh kasihan kepada ku.

"ooo... xpe kak, orang tak kisah powm, orang anggap je ni sebagai satu permainan dalam kehidupan''

moral : lain kali sediakan baju hujan.

" i'Allah nati aku nak beli sepasang baju hujan yang cantik dan kalis air, coz nati kat um kl powm aku akan menunggang  motorsikal"
"cantik la plop baju hujan nie, sesuai untuk muslimah,,,ngeeee"


Monday, July 30, 2012

.:my Little Mujahid AFIQ HARIS:.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah ramdhan yang tengah kita lalui ini telah masuk ke fasa kedua, macam mane kesihatan diri kita, masih sihat lagi kah, iman kita macam mana, makin kuatkah, bacaan al-Quran kita dah dimana? begerak k tidak? harap-harap semua ye baik-baik belaka.... moga Allah menerima segala amalan yang telah kita lakukan sebelum ini dan yang akan datang, tambah2 lagi dalam bulan yang mulia ini... amiiiiiinnnnnnnn :)


hari ini teringin sangat aku nak berkongsi pasal telatah adik-adik ku di Tadika Permata Hati...
aku mengajar budak-budak yang berumur 4 tahun dan 5 tahun... yakni kelas yang baru nak belajar menulis, mengenal huruf a b c, huruf2 hijaiiyyah, nombor 1 2 3... kesabaran,kecekalan dan kekreatifan amat penting dan perlu di semai awal-awal dalam mendidik adik-adik ini.... 

satu kes aku teruja+kagum dengan adik AFIQ HARIS ini, beliau baru berumur 4 tahun, seorang budak yang cerdik, pendiam, tidak senakal kanak-kanak yang lain, amat santun, cepat belajar, dan berkehendak dalam menuntut ilmu (ceee siap gune beliau ag....kagum sgt kan).... I LIKE HIM... 

ok, apa yang buat aku kagum sangat dengan dye nie?

aku kagum sangat dengan dye sebab dye berpuasa, dye belajar puasa...
biase nya kanak-kanak dalam kelas aku nie akan dihidangkan biskut dan air setiap waktu rehat..  

PERHATIAN : MAKANAN HANYA DISEDIAKAN UTK PELAJAR KELAS KU DAN PELAJAR YANG XPUASA SHAJA, PELAJAR ENAM TAHUN  BERPUASA

bile aku tanya sape yang puasa, afiq terus angkat tangan... aku terkejut lantas menyoalnya, "fiq, betul ke afiq puasa?", tanpa banyak berfikir, beliau menganggukkan kepalanya... 'betul ke budak nie', aku bermonolog sendirian... 'ok fine, xpe la lau afiq puasa, maybe ayah dye yang ajar dye berpuasa nie...'

esok harinya pown sama, di dalam kelas ak, Afiq tetap puasa sedangkan kawan-kawannya xpuasa... 


aku bukannya apa, takutkan nati beliau lapar, ye la, umur baru 4 tahun, risau gak kan, kot jadi apa-apa lau xmakan..tanpa ragu-ragu, aku berjumpa dengan ayah Afiq untuk bertanyakan hal ini,"Assalamualaikum, encik, saya nak tanya nie, betul k Afiq puasa?"
 ayah Afiq hanya buat muka selamba+tersenyum dan menjawab "a'a, betul cg, Afiq puasa.."
"ooo.. kalau macam tu xapa la, sebab saya risau je sebab dye tak nak makan, bile saya tanya Afiq puasa ke tak, Afiq kata dye puasa, saya cam xpercaya la sebab budak lain pown kata puasa tapi makan, saya tanya Afiq lagi nk kn  kepastian, saya tanya kat uma Afiq makan k x, Afiq kata tak, so, Afiq xmakan la kat tadika..."
 " Afiq belajar puasa", jawab ayah beliau sambil tersenyum...

aku hanya mampu tersenyum, kagum dengan Afiq, kuatnya pertahanan dye...


"Ya Allah, semoga AFIQ HARIS akan menjadi seorang anak yang SOLEH dan MITHALI.. 
semoga AFIQ HARIS berjaya di dunia dan di akhirat.."

::BITTAUFIQ WANNAJAH AFIQ HARIS::

Friday, July 13, 2012


"Assalamualaikum…perhatian kepada semua guru, sila hadir ke ruang mesyuarat tepat jam 3.15 petang ini, harap maklum”
  bergema kawasan sekolah dengan laungan satu suara menyeru meminta semua guru hadir ke ruang mesyuarat.

 Terus hati kecilku bermonolog sendirian… ‘Allah…baru je ambik buku untuk ke kelas, tp……..ermmmm xpe la, ke sana dulu, mesti  anak-anak didik ku riuh bermain di dalam kelas….’
Selang beberapa saat, mesyuarat powm berlangsung……….

Dalam mesyuarat…….

Seperti biasa aku menjadi boring bila dah lama sangat mendengar dan mendengar… di sebabkan itu, mula lah ak menconteng kertas ditangan ku… mcm2 benda ku conteng, macam2 bentuk ku ukir, macam2 tulisan ku lukis, dek kerana kepuasan. Di samping itu, ak juga menekop lencana sekolah….

Dek kerana itu, ak di pinta oleh satu suara, “dik, leh x designkan k.za lencana untuk tadika k.za”, pinta guru sekolah yang mengajar satu sekolah dengan ku, “ore xreti la k.za”, dalam fikiran macam2 bermain, boleh kea k design lencana, aku bukannya kreatif sangat powm… “boleh la, dik su design, nati tunjuk ke k.za deh”, kata k.za lagi. Terasa macam lawak la pula, mana tak ye, tiba-tiba di minta untuk design satu lencana. Heheee…kelakar powm ade….,’xpe lah, cuba dulu, mane la tau kot2 menjadi’, kata hati kecilku.

Disaat menunggu mesyuarat tamat, kotak fikiran ku,ligat memikirkan bentuk2 lencana, logo2 yang sesuai aku lukiskan….macam2 bentuk ade, bulat, bujur, tiga….Allah macam mana nie, rase macam tak cantik je aku buat, kasihan kat k.za.

Balik uma d saujana putra,

“abe, ore di minta untuk wak so lencana tadika, tolong bang” abang ku powm sibuk memikirkannya, ade satu logo tu, cantik gak abg aku lukiskan, tapi sayangnya dengan kudratku, aku xpandai nk lukis dengan computer…. Sayang sekali. Malam tu ligat memikirkannya, Alhamdulillah, tercetus satu idea….. aku powm mu la try n right………

Lalalalalalaaaa~~~~~

Aku powm buat la kerja sambil layan melodi di benak kepala ku.. lukis cam tu, lukis cam nie, xmnjadi gak, buat google, tgk2 logo yang cantik2…. Cube ambik ilham dengan cik google… ermmmmmmm camne nie???? After that, cube piker sendiri….
Di pendekkan cerita, ini lah hasilnya….tadaaaaaaaaaaa~~~~

ini very simple, ade yang kata yang nie cantik sebab simple...

yang nie sebenarnya ade line warna putih kat tepi dye, tp xnampak, sbb background putih,
ramai yang vote yang nie mase ak post kat fb.

yang nie, lebih kurang je dengan yang atas, beza ye kat tahun 2009 je...

haaaa...yang nie aku design balik lepas terima pelbagai komen n pendapt...


mengedit menggunakan software adobe photoshop....
tengah2 mengedit komputer selok ... x sempat nak save...

keputusannya????
heheeeeee....
setelah mendapat vote daripada cg sekolah ku, yang nie lah yang terpilih



tq semua kerna telah memberi dorongan dan pendapat kepada ku dalam menyiapkan kerja ini... 
i like this job ^____^