hidup ini....

HiDuP iNi SaTu PeNcARiAn ^^,
Pencarian itu sangat bermakna kepada kita... Hasil pencarian itu amat berharga kepada kita... Malah ia akan memberi cahaya dalam kehidupan kita seharian.... Ayuh mencari... umat Islam takkan puas mencari... Pencarian Itu Sinar Buat kita yang Bergelar Umat Islam....

Sunday, August 5, 2012

ANGGAP JE ITU SATU PERMAINAN

'' kak, abang long kerja pagi ke malam?" tanya aku kepada kakak ipar ku yang kini sedah lepas daripada berpantang anak yang kelima. 
"minggu nie abang kerja malam", jawabnya tanpa teragak-agak. 
" ooo... kalau macam tu, orang nak tidur kat rumah kakak la minggu nie", sambung ku. Sebenarnya, aku selalu bermalam di rumahnya sebab ditaklifkan (ceeehh xde la di taklifkan sangat, aku yang nak tolong abang long aku untuk menghantari dan mengambili anak buah ku di sekolah, kerana kakak iparku kan dalam pantang, tolong-menolong amalan mulia...heheee)
"ok", jawapnya pendek. 

Kakak ipar aku powm da faham dengan rentak aku, asal je turn abang long aku dapat ambik hantar Aiman Hakim (anak buah aku), aku akan bermalam di rumah kakak ku, sebabnya, jarak dari rumah kakak ku ke tempat kerja ku dekat. 

Hampir seminggu juga la aku bermalam di rumah kakak ku, tiba-tiba datang satu perasaan menyelubungi diri aku yakni rindu... aku rindu akan anak-anak buah ku di Saujana Putra ( rumah abang long). So, tanpa teragak-agak aku maklumkan kepada kakak ku bahawa aku hendak pulang ke Saujana lepas tamat waktu persekolahan nanti..

Berbekalkan paru goreng dan 2 bungkus air soya (antara menu untuk berbuka hari ini) yang aku belikan di sebuah kedai yang terkenal dengan nama 'kedai kak yah' @ 'megah seafood'. Dengan lafaz bismillahitawakkal tu 'alallah aku menunggang sebuah motor EX5 milik abang long ku. Alhamdulillah selamat sampai di rumahnya tepat jam 6.00 petang.

Esok paginya seperti biasa aku turun daripada rumah tepat jam 7.30 pagi untuk ke Tadika. 
"ti, hujan ke kat luar?"
"hujan ke kak?" sepatutnya soalan dijawab dengan jawapan tapi soalan aku jawan dengan soalan, heheeee....
" tak hujan powm kak, cuma mendung je", jawap ku kembali selepas melihat keadaan sekeliling. 
'ak kena gerak cepat nie, sebelum hujan turun',  terdetik kata hatiku....
 "kak, orang gi dulu ye''
"ok, hati-hati"

sampai-sampai je kat bulatan sebelum tol saujana putra, hujan powm turun renyai-renyai... 'Allah cam ne nie? nak teruskan ke x? ermmm teruskan je la, perjuangan perlu diteruskan walau apa pun ujian melanda',
ceeeee bunyi cam besar je ujian tu, padahal hujan je kot....heheee...lawak la azami nie...

ok... da separuh jalan, 'Alhamdulillah tak de la basah sangat, sikit je....'
aku terus menunggang motor sambil mulut ku terkumit-kumit membaca mathurat.

sampai-sampai je kat simpang nak masuk Bukit Lanchong (sikit je lagi nak sampai kat tadika) hujan turun dengan lebatnya, basah kuyup pakaian ku....  
'Alllllah, camne nie?'  cuba mencari jawapan...
'ermmm berhenti, tapi tak de powm wakaf atau pondok di sini' 
'ermmmm cam nie la, balik rumah kakak dulu, salin baju, baru pergi balik kat tadika'
'ok, jom azami, bawa je motor tu sampai ke rumah kakak, pahtu col kakak, minta tolong kakak hantar kunci'
kasihan kat kakak ku, kakak ku yang banyak berkorban kepada ku, masa aku col dye gtau , "kak, orang basah jeruk.. leh x kak balik hantar kunci jap", tiada powm leteran yang ku dengar dari bibirnya, terus dye jawab, "ok, tunggu jap, kak balik hantar kunci''

Allah, mulianya hati kakak ku... 'Ya Allah, engkau berilah rahmat dan kasih sayang mu buat kakak ku tersayang, berkatilah hidupnya Ya Allah'

dalam tengah hari dapat panggilan dari kakak ipar ku isteri abang long, 
selepas jawab salam bagai, 
"ti. tadi ti kene hujan ke"
"a'a kak.. masa turun tadi xhujan powm, masa kat tol tu, hujan renyai-renyai je, baju lembap2 je, boleh lagi la orang kata, pah sampai kat bukit lancong tu hujan turun dengan lebatnya" aku mulalah bercerita sambil tergelak-gelak....' ishhh..sempat lagi azami gelak.
''kak powm pernah kena macam tu, kasihan kat ti" katanya dengan penuh kasihan kepada ku.

"ooo... xpe kak, orang tak kisah powm, orang anggap je ni sebagai satu permainan dalam kehidupan''

moral : lain kali sediakan baju hujan.

" i'Allah nati aku nak beli sepasang baju hujan yang cantik dan kalis air, coz nati kat um kl powm aku akan menunggang  motorsikal"
"cantik la plop baju hujan nie, sesuai untuk muslimah,,,ngeeee"


No comments:

Post a Comment