hidup ini....

HiDuP iNi SaTu PeNcARiAn ^^,
Pencarian itu sangat bermakna kepada kita... Hasil pencarian itu amat berharga kepada kita... Malah ia akan memberi cahaya dalam kehidupan kita seharian.... Ayuh mencari... umat Islam takkan puas mencari... Pencarian Itu Sinar Buat kita yang Bergelar Umat Islam....

Thursday, September 20, 2012

TETAPKAH KITA?



ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR
"argggghhhhhhh!!!! kenapalah banyak sangat ujian yang aku kena hadapi? lepas satu satu yang datang, minggu lepas baru je di uji dgn kehilangan telefon.. hari ini di uji pula dengan kesibukan ke kuliah, bebanan kerja lagi, slh satu anggota badan pula sakit dek injured, asgment terpaksa di siapkan...setelah penat seharian di kuliah malam ye ade training pula..baru je nak lelapkan mata ada2 je prgram mengejut yang wajib dihadiri.."

seorang hamba yang dhaif sentiasa mengeluh penat menerokah alam duniawi ini, seorang hamba yang dhaif sangat mudah lupa akan janji manisNYA setelah kita bersabar dengan sgala ujian....

hak diri kadang2 lambat di sempurnakan, malah lebih ditakutkan apabila hak rohani terus diabaikan... kesibukan kita sebagai mahasiswa sangat menguji keimanan, dek keletihan mungkin boleh membuatkan kita terlena sampai tak tersedar bila azan subuh berkumandang, sampai terpaksa ber'subuh gajah'....Alhamdulillah lagi jika ber'subuh gajah', jika terus tak bersubuh... Allah!!! sungguh malang insan yang xpandai nak bersyukur padaNYA...
-kita yang tahu, janganlah berpeluk tubuh, bantulah mereka...-
sangat sedih lagi jika malam hari nya kita terpaksa tidur lambat dek kerana perkara2 yang sedikit powm tidak memberi manfaat sampai datang impak subuh entah kemana..

PERINGATAN BERSAMA:
Janganlah biar diri kita terus bersubuh gajah dan lalai dengan nikmat2 yang diperolehi dgn mengabaikan cara untuk berterima kasih dengan nikmat yang telah kita perolehi.. bangkitkan kembali jiwa yang lemah, berikan sedikit pengubat hati, mudah-mudah ruh berjemaah mekar dikala ingin mendirikan tiang agamaNYA...mudah-mudahan dapat laksanakan segala amanah yang tertaklif hanya keranaNYA, maniskan hidup jika semuanya bersandangkan pada jalan yang SATU, hanya kerana ALLAH.. ermmm rasenya lebih manis lagi daripada gula-gula...
betul tak?
Justeru itu,sama-sama lah kita memohon agar Allah menthabatkan hati kita di Jalan yg Lurus dan di Jalan AgamaNYA...moga Allah sentiasa memelihara gerak kerja kita semata2 untukNYA...
jom kita berdoa :



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

 يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ


No comments:

Post a Comment