hidup ini....

HiDuP iNi SaTu PeNcARiAn ^^,
Pencarian itu sangat bermakna kepada kita... Hasil pencarian itu amat berharga kepada kita... Malah ia akan memberi cahaya dalam kehidupan kita seharian.... Ayuh mencari... umat Islam takkan puas mencari... Pencarian Itu Sinar Buat kita yang Bergelar Umat Islam....

Wednesday, June 12, 2013

Tak Selalunya Milik KIta

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya

Alhamdulillah, masih dikurniakan udara untuk bernafas, masih diberi peluang untuk menunaikan subuh berjemaah, masih diberi keizinan untuk meneruskan perjuangan ini sebagai seorang anak, pelajar, penghuni kolej, adik, kakak, sahabat dan lain-lain..
Sejak kebelakangan ini sering diberitakan tentang kepemergiaan insan-insan yang berada disekililing...Allahurabbi.. dalam bulan yang sama aku kira, 2 orang pensyarah Universiti Malaya telah selamat kembali ke Rahmatullah.. 
Minggu ini juga sahabat ku yang biliknya bertentangan dengan bilikku, ayahnya telah kembali ke Rahmatullah.. Semester lepas roomatenya juga mengalami nasib yang sama.. 
"Allah, tempatkan insan-insan yang telah mencurahkan segala ilmu pengetahuannya dan jasa baiknya di dalam Syurga idaman semua orang mukmin".

"Ya Allah, dalam fitrah exam, sahabat-sahabat ku mengalaminya, Sungguh mereka sangat Kuat"

Semalam juga aku sungguh terkejut, bile mengetahui sahabat yang hampir setahun sekelas, sekuliah, sejabatan, sekos aku telah hampir 14 Tahun meniti kehidupannya tanpa perhatian dan nasihat daripada seorang ibu.. "Sungguh, awak hebat dari saya, saya tak yakin dengan kemampuan yang ada pada saya untuk meneruskan kehidupan ini"

Baru minggu lepas aku tak dapat lelapkan mata untuk berehat seketika setelah seharian penat bertungkus-lumus mentelaah pelajaran.. Susah untuk ku lelapkan mata kerana terlampau merindui Abah.. Pukul 4 pagi baru aku dapat lelapkan mata.. "aduiii... sadish ye rasa.." 
Bila col di kampung, tanya perkhabaran Abah dan Ibu, bagitahu tak dapat tidur, ibu nasihatkan supaya sentiasa mendampingi Allah, baca Quran, Solat..
Ya, memang tak dapat dinafikan..
bila sedih dampingilah Allah, bila Gembira dampingilah Allah... 
InsyaAllah kita akan terus yakin dengan diri sendiri dan kuat untuk menghadapinya..
Sungguh, aku takut kehilangan orang-orang tersayang..
Namun, ku tetap kene redha dan Pasrah dengan segala kehendaknya..
Aku yakin, Janji-janjinya bukan hanya sekadar janji..
Allah.. bimbinglah kami dengan rahmatMu...
Allah.. Kuatkanlah kami dengan kekuatanMu

No comments:

Post a Comment