hidup ini....

HiDuP iNi SaTu PeNcARiAn ^^,
Pencarian itu sangat bermakna kepada kita... Hasil pencarian itu amat berharga kepada kita... Malah ia akan memberi cahaya dalam kehidupan kita seharian.... Ayuh mencari... umat Islam takkan puas mencari... Pencarian Itu Sinar Buat kita yang Bergelar Umat Islam....

Tuesday, March 5, 2013

huh Penat

Allahummasolli'ala Sayyidina Muhammad..

Liku perjalanan sebagai mahasiswa di Universiti Malaya sangat-sangat mencabar bagi ku... 
cabaran itu kan menjadi manis setelah kejayaan yang ku perolehi selepas selesainya sesuatu kije/projek/tugasan...
Alhamdulillah tamat sudah satu presentation...
bakal berdepan dengan tiga lagi presentation pada minggu ini..

minggu ini sangat-sangat lah mencabar...
lain daripada minggu yang sebelum-sebelum ini...

jadual pengajian sangat padat..
seusai tamat kuliah, ku panjangkan langkah ke kolej..
langkah ini tidak terus berhenti, 
langkah dikuatkan untuk memberi komitmen ku sebagai penghuni Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah ini...
langkah diteruskan sampai ke malam...

seusai kerja, 
ku langkah ke kamar kecil ku...
ku lihat buku-buku, pen, nota menanti ku...
ku kuatkan semangat untuk mentelaah...
sebagai persediaan untuk presentation...

semester ini banyak perkara yang telah ku pelajari...
belajar bukan sahaja tahu dan faham
tetapi cuba membuat aplikasi dan analisis...
aku masih lagi tidak berjaya mencapai ke tahap spekulasi...

semoga diri ini terus kuat,
jasad,
moga semakin pulih...
batuk,
semoga cepat hilang..
tubuh ini sudah lesu...
rohani,
lena,
ku mengharap sangat tido yang boleh memulihkan tenaga ku...

kuatkanlah pergantungan mu kepada RABB mu duhai Azami...

Allahurabbi... 
sungguh terasa kepenatannya....

**Semoga di Iringi Keredhaan Ma Abah dan Keredhaan Allah** 

No comments:

Post a Comment