hidup ini....

HiDuP iNi SaTu PeNcARiAn ^^,
Pencarian itu sangat bermakna kepada kita... Hasil pencarian itu amat berharga kepada kita... Malah ia akan memberi cahaya dalam kehidupan kita seharian.... Ayuh mencari... umat Islam takkan puas mencari... Pencarian Itu Sinar Buat kita yang Bergelar Umat Islam....

Monday, March 28, 2011

ALLAHU AKBAR…HEBATNYA!!!


Cerita ustaz Sabri semasa aku tingkatan 5 dulu mengamit-gamit di telinga ku…
“gunung akan hancur bila di musnahkan oleh besi”
Kalau kita renung…sekarang banyak kita gunakan jentolak untuk merendahkan curang  bukit…
Betul lah apa ustaz kata tu… x di nafi lagi…
Apa pulak dengan kisah ini….

Jom sama-sama kita baca satu kisah nie yang terdapat dalam hadis kudsi…
Cerita ini amat menakjubkan… Allah Maha Kaya…

Kali pertama alam ini diciptakan bumi ini sentiasa bergoyang-goyang….
Bergoncang dan tidak berputar pada paksinya.. perkara ini menimbulkan keresahan para malaikat lalau para malaikat menghadap Allah SWT…

“Wahai RAb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?”, Tanya para malaikat.
“kerana belum dipaku”. Jawab Allah singkat.
“lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?”. Tanya para malaikat.
“aku akan menciptakan gunung”.

Setelah itu, Allah telah menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunug pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi..

“ Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?” Tanya para malaikat.
“Ada!” Jawab Allah, “iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.” Jawab Allah.
“adakah yang lebih kuat selain api, ya Rab?” Tanya para malaikat.
“Ada!, yakni  air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah.
“Jadi ya Rab, adakah yang lebih kuat selain air?” sambung malaikat.
“Ada!, iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah.
“tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api,air dan angin)?”. Malaikat bertanya lagi.
“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA iti mampu mengubah takdirKu.” Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi]

Sabda Rasulullah SAW :
“sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang
yang terus-menerus berdoa.”
[Hadis Riwayat Al- Auza’i]

No comments:

Post a Comment