selepas ku baca msj ni...hati ku tertanya2..betulkah ini semua... diam...khayal buat seketika... cuba memujuk hati...menafikan prihal tersebut...ptg hari ku menjelajah ke laman blog sahabatku, hanani fadhlah..ku baca entri nya... Ya Allah jelas lagi nyata peristiwa itu benar2 berlaku.. kaku..... dalam kuliah tafaqquh di tempat aku menuntut..ada student apium meminta penjelasan daripada prof madya dr syukri tentang prihal tersebut.... sah... di sana benar-benar kelam-kabut...
hati ku tidak tenteram mengingatkan peristiwa yang berlaku di mesir sekarang nie... hati ku gelisah mengingatkan sahabat-sahabat yang sedang menuntut di sana.. apakah khabar kah mereka disana? cukup bekalan kah mereka? bagaimana dengan makan minum mereka? terkawal kah? adakah lena tidur mereka?
cukup sukar untuk bertanya khabar mereka kerana semua talian disekat ..
perasaan ini menjadi semakin gusar apabila melihat peristiwa tersebut di kaca tv.. pelbagai gambaran bermain di minda.... hati makin berbolak-balik bila mendengar ada seorang pelajar malaysia yang mati dan 3 orang yang kena rogol.. hati kembali tenteram selepas melihat berita semalam, shabery, pengerusi luar negara itu meminta agar orang ramai jangan membuat spekulasi sesuka hati.... kes rogol itu hanya khabar angin semata-mata.. syukur pada Illahi... moga-moga perkara yang tidak di ingini tidak berlaku kepada saudara-saudara islam di sana lasiyyama para penuntut dari malaysia..
Ya Allah... tenangkan lah hati-hati hamba mu yang sedang berbolak-balik ini...
sesudah menunaikan solat subuh pada pg ini... aku bergegas m'on'kan suis tv di teratak ayhda dan bonda ku utk melihat perkembangan semasa di sana... hati ku tenang.. pelajar2 disana akan di pindahkan ke jeddah buat sementara waktu...
sesudah breakfast... aku menekan key 'on' pada laptop ku dan dengan pantas membuka sesawang fb...
hati ku gembira melihat k.raihanah, khalilah dan k.salsabila wujud disana....
lantas airmata ku gugur gembira dapat berhubung dan bertanyakan khabar mereka... Alhamdulillah mereka semua selamat... Alhamdulillah.. semua nya selamat...
Allah sentiasa bersama2 hamba nya..
Wahai diri ku dan saudara/ri yang ku kasihi... ingatlah Allah dalam apa jua pun keadaan mu..
jangan lah kamu leka dengan kesenangan mu.. janganlah kamu hilang arah dalam kesusahan mu... mohonlah pertolongan daripada Allah.. nescaya Allahkan maqbulkan..
"اللهم نعم المولى ونعم الوكيل"
No comments:
Post a Comment