أعوذ باالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah ari nie masih ada lagi peluang untuk ku mengepostkan satu entry setelah berminggu2 berpenat lelah menghabiskan baki semester 2, sekarang nie time to study week.... curi masa sekejap untuk menulis entry.....jangan marah ya ma abah, jap lagi anakmu kan sambung study selepas jamuan nanti...heheheheee...
ari nie entry ku pasal makan kerana jap lagi aku ada jamuan bersama akhowat dan ikwan majmuah 3..
jamuan terakhir semester 2 dan sekaligus jamuan 'sanah helwa' untuk ukh farhana dan akh safwan....
hari-hari dalam hidup kita mesti kita kan luang kan sedikit masa untuk mengisi perut agar tidak kelaparan... mengapa sebenar kita? bisakah kita melakukan tugasan harian tanpa menjamah sedikit makanan?
mampukah kita melakukan kerja dengan tenang tanpa makan? jawapannya ku yakin TIDAK.... kerana fokus kita tak dapat tidak kan hilang....no fokus no kualiti in working..
sebagaimana kita sedia maklum, makanan sebenarnya sangat diperlukan untuk mendapatkan tenaga bagi meneruskan aktiviti-aktiviti dalam kehidupan. Makan mempunyai 2 kategori iaitu kemulian dan kehinaan. kemulian ini diperolehi bila kita dapat mengawal diri kita dan disalurkan mengikut perintah dan peraturan Allah...ini berkaitan dengan penggunaan tenaga, harap semua jelas tanpa saya menghuraikan dengan lebih detail...lau xfhm boleh tanya, la segan silu wa la malu (jgn malu)....
kehinaan wujud bila kita diperhambakan oleh nafsu yakni bila kenyang nafsu kata tidur, malas bergerak....haa begitu la...heheeee...... begitu la kebanyakan dalam kalangan kita, lepas makan mesti rasa mengatuk kan?? ermmmmm knp ya? jawapan nya ada, jom kita fikir sama-sama...
ya nafs..
sebenarnya mungkin dirimu tidak mengetahui... makan makanan yang halal dan secara bersederhana mendapat pahala di sisi Allah... sebaliknya makan berlebihan dalam pemakanan akan jadi tercela, sebagaimana Allah telah berfirman didalam kitabihil 'Aziz dalam surah al-a'raf ayat ke 7 maksudnya :
"dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas."
jelaskan saudaraku....Allah xsuka hambanya melampau atau berlebihan dalam makan... kita kita buat apa yang ALlah tidak suka???? jom tanya hati!
mungkin kita tak tahu atau pun alpa...bersederhana dalam makan boleh melembutkan hati dan nafsu.. manakala berlebihan dalam makan banyak menggerakkan tubuh kita untuk melakukan kemungkaran dan maksiat-maksiat. disini kita boleh juga lihat kesan makan makanan halal dan akibat makan makanan haram.....
Amir bi Qais berkata :
"berhati-hatilah engkau daripada banyak makan, kerana ia menyebabkan keras hati."
ayuh!!! sekali la saya pinta agar kita sama-sama merenung kata-kata ini...
tambahan pula, nafsu makan yang berlebihan dan tak terkawal menyebabkan kita mudah terjerumus kepada penyakit2 seperti timbul rasa hubbun dunia (cintakan dunia), tamak, keras hati dan pelbagai sifat mazmuah lagi...bahayanya, sukar untuk kita mendidik nafsu kita... أستغفرالله العظيم
hatta sebelum tidur, cuba kita makan makanan yang berat dan agak mengenyamgkan perut, konfem sukar untuk kita bangkit semula....
nafs, tidakkah engkau pernah dengar cerita ini?
ada seorang ulama, pada suatu hari beliau teringin sangat ingin makan ikan bakar, beliau cuba memujuk diri nya agar tahan daripada perasaan itu... puas dirinya memujuk nafsunya... tetapi tidak berjaya..
oleh itu, beliau meminta agar hambanya membakar ikan yang hangit...setelah ikan itu masak, beliau pun makan...
SubhanaAllah....hebatnya beliau mentarbiahkan nafs ye.....
nafs, adakah dikau begini?? aku xpasti... setahu aku tidak... jika nafsu mu meronta ingin makan sesuatu pasti kau menuju ke mana2 gerai / restoran yang sedap masakan nya bukan....
ayuh, tanpa jemu ku mengajak kalian renungkanlah pesanan imam Alghazali..
mazmumah pertama yang perlu diawasi anak-anak adalah makan, dan kedua ibu bapa disarankan tidak membiasakan anak-anak makan makanan yang lazat. ajarlah mereka sekali sekala makan tanpa laut.
khulasohnya, makanlah kalian dengan nama Allah...
baca lah doa sebelum makan dan selepas makan...
kita juga di galakkan membaca doa ini
"بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم"
agar apa yang kita makn tidak memudharatkan kita.....
#jom makan mengikut diet yang seimbang#
#makanlah selum lapar dan berhentilah sebelum kenyang#
No comments:
Post a Comment