Kuatkan semangat mu Dalam perjuangan mu
Tunjukkanlah kemajuan
Dan kegemilangan yang ada dalam diri mu
Sebagai bukti dikau berjuang
Usahlah dikau kecewa Dengan kegagalan mu hari ini
Kerana kekecewaan itu Titik kearah permusuhan
Dalam hidupmu..
Bangkitlah,
Teruskan perjuangan mu Dengan nama Allah
Teruskanlah perjuangan dengan semangat dalam diri
Teruskanlah perjuangan mu dengan ilmu didada mu
Dan ingatlah ilmu yang dikau telah perolehi
Belum lagi sempurna bagimu
Oleh itu, teruskanlah mencari Dan terus mencari
Duhai sahabatku…
Jangan lah kau fikir mudah untuk mendapat syurgaNYA
Kerana Syurga itu bukan mudah untuk mendapatkanNYA
Jangan lah kamu berduka cita
Jika bala menimpa jasad dan jiwa mu
“ Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar..
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa
oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
"Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah Kami kembali…
mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi
Dengan berbagai-bagai kebaikan
dari Tuhan mereka serta rahmatNya;
dan mereka itulah
orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.”
Surah Albaqorah 155-159
Duhai sahabatku…
Moga-moga kata-kata penyair arab,
Syauqi ni menjadi peransang untuk mu
“kan ku campak segala kesulitan demi meraih
Kejayaan dalam kehidupan”.
No comments:
Post a Comment